Home / Buat Duit Online / Review Buat Duit Dengan Paid To Click(PTC) Program

Review Buat Duit Dengan Paid To Click(PTC) Program

Salam sejahtera dan selamat malam. Akhirnya berkesempatan untuk menulis entry terbaru setelah seharian penat membanting tulang 4 kerat. Permulaan tahun baru ini memang memenatkan bagi saya. Mana taknya kena bergegas ke sana sini untuk memantau tapak projek pembinaan. Sebagai seorang engineer, pelbagai urusan kena dilakukan seharian. Hari ini saya kena handle dengan pihak client dan dealing dengan Jabatan Alam Sekitar.

Topik kali ini mengenai Program Paid To Click. Senang cakap, anda akan menerima ganjaran dari setiap advertisement yang anda tengok. Memang mudah dan pelbagai site yang menawarkan program seperti ini. Entry ini juga khusus untuk menjawab persoalan dari kawan baik yang ingin saya review program PTC ini.

Klik dapat duit

Klik dapat duit

Adakah anda akan dapat buat duit dengan PTC ini? Bagi saya, sudah tentu boleh. Jika anda rajin join forum ataupun membuat kajian mengenai PTC ini, anda pasti akan mendapat banyak maklumat mengenai program serta review dari peserta program PTC.

So, my friend wants me to try untuk withdraw sekurang kurangnya $1 dari program PTC. Sejujurnya, saya tidak berminat menyertai program ini kerana ia tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Yup, setiap klik yang anda lakukan hanya akan menerima $0.001 – $0.02 sahaja. Jadi untuk mendapatkan $1 adalah sangat lama dan tidak berbaloi. Namun bagi memenuhi hasrat kawan baik saya akan mencuba.

Kalau dah dapat withdraw $1 cukuplah. Tak nak buat lagi. Baik saya tumpukan kepada program affiliate yang saya lakukan sahaja. Tetapi, jika anda pandai serta cukup rajin untuk mengajak dan mencari referral untuk menyertai program PTC ini, anda patut teruskan.

 

Related Posts

About Joe

Menjadi seorang blogger hanya untuk berkongsi kisah.

23 comments

  1. baik fokus pada yang lebih menguntungkan…
    Amirez recently posted..Majlis Tahlil Arwah – Pro dan KontraMy Profile

  2. lepas habis cabaran, boleh cuba program churp2, says atau blind…
    beckhrooy recently posted..Pendrive 1TB (Terabyte) Pertama Di Dunia | USB Flash Drive 1TBMy Profile

  3. Program PTC? Tak pernah try sebab terlalu slow.. :-)
    Hairul Azni recently posted..Apa Niche Blog Yang Sesuai?My Profile

  4. PTC ni boleh datangkan untung kalau ramai referrer yang aktif. Kalau nak harapkan sorang diri memang susah nak dpt hasil.
    shraqs recently posted..Cara Mendapatkan Kembali WiFi Password Di Android SmartphoneMy Profile

  5. cara ni sama macam letak iklan nuffnang kat blog ke?

  6. tak pernah join dah benda ni sekarang. Tak larat dah rasanya join macam-macam program..hehe
    ohcikgu recently posted..Macam mana nak sertai Contest SEO 10 Blogger Malaysia Terbaik ini??My Profile

  7. Seriusly bro….aku pun tak sanggup nak ngadap program PTC nih……
    yas recently posted..Serius – Wanita Beranak Dalam KapalterbangMy Profile

  8. oh… dah lama tak sentuh program tu. Daripada duk buang masa dan tenaga ikut program tu, baik tumpukan pada yang lebih mmenguntungkan macam clickbank ke. Tahap kesukaran sama, tapi keuntungan berlipat kali ganda.

    Saya rasa kalau masuk bab duit, cikgu titan lagi expert pasal tu. Cer tanya pendapat dia.
    Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday #25 | Permainan terbaik yang pernah saya miliki 23 tahun lepas!My Profile

  9. Ada 1 ptc ni, boleh dapat dlm usd5 seminggu. tapi kena invest sikit la nak sewa referral.
    effort lab recently posted..Kajian Harian Edisi 23My Profile

  10. kalau dapat usd1 kira ok gak. tapi ada PTC yang memerlukan kita buat survey, seblm isi survey kena download itu ini, situ pun dah makan belanja melebihi usd1
    Ladfe Amir recently posted..Tip Nuffnang Untuk Dapatkan Iklan Kempen CPUV Buffered EarningMy Profile

  11. huhu…takpe tapi makin lama mungkin makin ok ..
    syaifuddin alias recently posted..Advertorial Di Blog SpudinPunya.ComMy Profile

  12. Banyak yang tak bayar program ptc ni
    nazir recently posted..Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 9 – JambuMy Profile

  13. Lama dah tak jenguk ptc…tak larat nk duk dpn pc..

    Selmt menyahut cbrn bro!
    hafizmd recently posted..Jadual Siaran Langsung Liga Super Januari 2013 Astro Arena 801My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor